Jenis-Jenis Hutan di Malaysia
Hutan Hujan Tropika
di Banjaran Titiwangsa
Hutan Pantai
di Dungun, Terengganu
Hutan Paya Air Masin
di Laut Matang, Perak
Hutan Paya Air Tawar
di Tasik Bera, Pahang
Hutan Gunung
di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
Hutan Pantai
di Pulau Sipadan, Sabah
Peta Taburan Hutan
Semenanjung Malaysia
Sabah & Sarawak
Hutan Hujan Tropika
Empat Lapisan Hutan Hujan Tropika
Glosari
- Renjong: Pokok yang tumbuh pada ketinggian di antara 40 hingga 50 meter di atas lapisan kanopi.
- Silara: Bahagian dahan dan pokok-pokok yang tinggi seolah-olah bersambung dan berbentuk seperti bumbung.
Lapisan Renjong (Emergent)
40 - 50 meter
- Ketinggian pokok di antara 40 hingga 50 meter
- Pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat
- Batang lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari
Lapisan Kanopi (Silara)
20 - 40 meter
- Ketinggian pokok di antara 20 hingga 40 meter
- Lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan
Lapisan Tengah
10 - 20 meter
- Ketinggian pokok di antara 10 hingga 20 meter, pokok-pokok kecil
- Terdapat tumbuh-tumbuhan epifit yang menumpang di atas pokok lain
- Terdapat tumbuhan parasit yang memanjat pokok lain
Lantai Hutan
< 10 meter
- Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter
- Tumbuh-tumbuhan jarang kerana kurang cahaya matahari
- Terdapat tumbuh-tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput
Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika
- β Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau.
- β Daun pokok bersaiz lebar, pokok yang tinggi dan dahan yang tersebar.
- β Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah dan cepat.
Hutan Pantai
- Tumbuh di kawasan pantai yang berpasir.
- Jenis pokok: pokok ru, tapak kuda, renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut, pokok kelapa.
- Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter, batang lurus.
- Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai di pantai berpasir.
Profil Hutan Pantai
Profil hutan pantai menunjukkan perbezaan tumbuh-tumbuhan semula jadi mengikut jarak dari laut.
Hutan Paya Air Tawar
- Kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air sungai dan tasik.
- Jenis pokok: mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas.
Lapisan Tumbuhan
A - Lapisan Pokok Renek
Lantai hutan
- Tumbuhan jarang, kurang cahaya
- Dibanjiri air musim hujan
B - Lapisan Tengah
Pertengahan
- Pokok bersaiz kecil dan sederhana
C - Kanopi (Silara)
Atas
- Pokok berkayu keras dan tinggi
- Kanopi tidak sejajar
Jenis Akar dan Kegunaannya
| Jenis Akar | Pokok | Kegunaan |
|---|---|---|
| Akar Udara | Bintangor Laut | Membantu menyerap udara |
| Akar Pneumatofor | Perupuk | - |
| Akar Banir | Meranti Paya | Menyokong pokok daripada tumbang di kawasan berair |
| Akar Jangkang | Kelat dan Merbulan | - |
Pokok Bintangor Laut
Pokok bintangor laut bersaiz sederhana besar, tidak berbanir dan lazimnya berdahan rendah. Batang pokok ini pula berwarna kelabu dan kuning langsat manakala kulit dalamnya berlapis-lapis dan bergetah kuning. Pokok ini menghasilkan buah yang bersegi, tulang belakang daun yang tajam dan bunga berwarna putih.
Hutan Paya Air Masin (Bakau)
- Kawasan pinggir laut bersaliran buruk, berlumpur, terlindung, ditenggelami air pasang.
- Flora: bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong, nibung.
Zonasi Tumbuhan
Jenis Akar dan Huraiannya
| Jenis Akar | Pokok | Huraian |
|---|---|---|
| Akar Ceracak | Bakau Api-api dan Perepat |
β’ Berfungsi untuk pernafasan β’ Kekurangan oksigen kerana air masin β’ Keluar menegak dari tanah lumpur |
| Akar Jangkang | Bakau Kurap dan Bakau Minyak |
β’ Tumbuh di pangkal batang β’ Menyerap udara ketika air pasang β’ Menyokong pokok daripada tumbang |
Akar Jangkang
Akar Ceracak
Hutan Gunung
- Tanah tinggi melebihi 1,200 m dari aras laut.
- Tumbuhan berbeza mengikut ketinggian.
Bunga Rafflesia
Ditemui di Banjaran Crocker, Sabah.
Profil Hutan Gunung
Zonasi Berdasarkan Ketinggian
Hutan Montane Bawah
HUTAN DAUN LURUH
- Pokok 15 - 33 meter
- Pokok oak dan laurel
- Epifit: Orkid, paku langsuyar
Hutan Montane Atas
HUTAN DAUN TIRUS
- Pokok rendah (1.5 - 18 meter)
- Satu lapisan hutan
- Lantai lembap & berlumut
- Flora: Pain, Sprus, Rafflesia, Periuk Kera
Tumbuhan Hampir Alpain
HUTAN CAMPUR
- Pokok bantut dan rumput
- Pokok renek konifer
- Flora: Low's Buttercup, Bornean Eyebright
Tumbuhan Alpain
PUNCAK GUNUNG
- Hanya tumbuhan renek dan lumut
- Orkid dan lumut